11 January, 2014

Mati pasti?

Assalamualaikum


Bicara soal mati.

Mati itu pasti.
Mati itu pasti.
Kematian adalah suatu kepastian.

Jika ditakdirkan hari ini,
detik ini,
saat ini,
Mati itu pasti, 
tidak akan terlewat,
terlewat untuk sejam,
seminit,
sesaat.

Kematian itu juga satu keseronokan.
Ya! Seronok.
Seronok buat mereka yang mengharapkan pertemuan,
pertemuan dengan Allah,Tuhan semesta alam.

Kerana kematian adalah satu satunya jalan,
untuk kita bertemu denganNya.

Yang menjadi kebimbangan,
disaat ajal datang menyapa,sudahkah Dia redha akan aku?
Sudah cukupkah amalanku?
Sudahkah sempurna iman ku pada Dia?

Benar-benar bersediakah aku?
Layakkah aku?

Dia sahaja yang Maha Tahu.

Aku di sini hanya mampu mengemis,meminta,memohon,
mohon,
agar Dia menjemput aku,
disaat Dia redha akan aku,
disaat sempurna iman aku.

Dan jika memang aku harus mati,
Moga dipertemukan aku dengan DIA , 
Dia, Allah Yang Maha Esa.
Juga KekasihNya.
Muhammad SAW.

Allahumma amin.

-Pendosa,Hamba yang hina.